Diet Jepun sangat sihat rahsia umur mereka panjang

AMALAN pemakanan orang Jepun, atau juga biasa disebut sebagai 'diet Jepun' selalu menjadi sebutan malah turut dikaitkan dengan rahsia majoriti masyarakat Jepun yang memiliki umur paling panjang di dunia.



Selain itu pemimpin negara matahari terbit itu juga dikenali dunia kerana mampu mengekalkan hidup yang sihat walaupun umur yang sudah begitu lanjut. Justeru ramai penyelidik seluruh dunia mengkaji apakah rahsia di sebalik pemakanan mereka.

diet jepun

Bagaimana corak pemakanan orang Jepun?

Secara dasarnya amalan diet tradisional Jepun lebih kepada makanan yang segar dan mentah, selain itu ia mengandungi kandungan gula yang rendah.

Kajian yang dijalankan mendapati mereka gemar mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta daging.

Makanan seperti ini rendah dari segi kandungan lemak tepu, makanan diproses dan kebanyakkan karbohidrat pula diperolehi dari nasi dan sayur-sayuran.


Garis panduan pemakanan oleh kerajaan

Kajian terbaru yang dijalankan mendapati, salah satu sebab utama rakyat Jepun memiliki umur panjang juga disebabkan oleh garis panduan pemakanan sihat yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Kerajaan Jepun pada tahun 2005 telah mengeluarkan satu garis panduan pemakanan sihat untuk rakyat negara itu.

Selepas sekitar 10 tahun kemudian para pengkaji dari Pusat Kesihatan dan Perubatan Dunia Kebangsaan di Tokyo mula menjalankan penyelidikan bagaimana garis panduan pemakanan ini memberi kesan kepada kadar kematian rakyat di Jepun yang begitu rendah.

Sepasukan penyelidik telah menganalisis makanan dan gaya hidup rakyat Jepun menerusi tinjauan yang dijalankan dari sejumlah 36,624 lelaki dan 42,920 wanita berumur antara 45 dan 75 tahun.

Kesemua mereka ini tiada sejarah menghidap kanser, strok, atau sakit jantung dan hati yang kronik. Semua para peserta ini dinilai gaya hidup dan pemakanan mereka selama 15 tahun.

Hasil kajian mendapati peserta yang patuh kepada garis panduan pemakanan itu, kadar kematian mereka adalah 15 peratus lebih rendah.

Bukan itu saja malah mereka juga memiliki kurang kebarangkalian untuk menghidap penyakit 'cerebrovascular' iaitu penyakit yang berkaitan dengan masalah peredaran darah ke otak.

"Kajian kami mendapati pengambilan tenaga yang seimbang, bijirin, sayuran, buah-buahan, daging, ikan, telur, produk kacang soya, produk tenusu, manisan dan minuman beralkohol boleh menyumbang kepada umur panjang dengan cara menurunkan risiko kematian, terutama yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular dalam kalangan populasi rakyat Jepun,"


Berikut garis panduan pemakanan yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun terhadap penduduknya.

Makanan harian

5 hingga 7 hidangan — bijirin (nasi, roti, mee atau pasta)

5 hingga 6 hidangan — sayur-sayuran

3 hingga 5 hidangan — ikan dan daging, juga telur atau kacang soya.

2 hidangan — buah-buahan.

2 hidangan — susu dan produk tenusu.

Garis Panduan Pemakanan Kerajaan Jepun

Selain itu ia juga mencadangkan amalan meminum air kosong yang banyak dan juga senaman, selain mengurangkan makanan ringan, manisan dan alkohol.

Rujukanindependent.co.uk

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan