Da'i Syed guna kapasiti sebagai pendakwah untuk mengajak mangsa berjumpa kata Polis

PENDAKWAH Selebriti dipercayai Da'i Syed yang ditahan atas dakwaan merogol dan mencabul dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai seorang pendakwah untuk mengajak mangsa keluar bertemunya sebelum melakukan perbuatan terkutuk.


Hasil siasatan pihak polis, suspek akan berkenalan dengan mangsa menerusi mesej peribadi (DM) di laman media sosial Instagram, sebelum mengajak mangsa berkenalan dan keluar makan kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Dai Syed
Da'i Syed dibawa oleh pihak polis untuk melanjutkan tahanan reman

"Kebanyakan mangsa adalah penuntut dan ada yang sudah bekerja dan mereka adalah pengikut laman Instagram suspek,"

"Suspek akan memperdayakan mangsa-mangsa dengan mengajak mereka berjumpa atas pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan dengan menggunakan kapasitinya sebagai seorang da'i (pendakwah),"

"Susulan pertemuan itu, suspek akan memberi alasan untuk mengajak mangsa pulang bersamanya ke rumah sebelum melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa mangsa," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.


Tambahnya lagi, pihak polis setakat ini telah menerima tujuh laporan terhadap saspek dimana dua kertas siasatan telah dibuka mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

"Satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul,"

"Polis turut membuka tiga lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul) dan satu lagi laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) kerana tiada unsur gangguan seksual," katanya.

Tambahnya lagi semua mangsa berusia di antara 22 hingga 26 tahun dan beliau yakin lebih ramai lagi mangsa akan tampil membuat laporan terhadap saspek.


Beliau turut meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual saspek untuk tampil membuat aduan kepada pihak polis.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan