Bukit Aman sahkan anggota polis seludup dadah ke dalam pusat tahanan Kota Tinggi

TIMBALAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat mengesahkan terdapat insiden anggota polis menyeludup masuk dadah ke dalam Lokap Pusat Tahanan Polis Kota Tinggi lapor chinapress.com.my


Kenyataan itu dikeluarkan ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri majlis perasmian pembukaan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Utara hari ini.

Kamarul Zaman Bin Mamat

Menurutnya, memang benar ada insiden di mana pegawai polis disyaki menyeludup masuk dadah ke dalam lokap untuk diberikan kepada tahanan. Pihak polis katanya sudah membuka satu kertas siasatan, dan siasatan kini sedang dijalankan.

Katanya, polis akan menyiasat kes tersebut dari segala sudut. Seperti insiden kes pengedaran dadah di pusat tahanan Pulau Pinang sebelum ini, polis akan mengarahkan individu yang terlibat untuk menjalani ujian air kencing.

"Pihak polis juga akan menyiasat sumber dadah berkenaan," katanya.


Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, YDH CP Dato Seri Dzulkifli Bin Abdullah berkata, insiden penyeludupan dadah oleh anggota polis di pusat tahanan jarang berlaku di negara ini, namun pihak polis akan menangani insiden itu secara serius.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis mendapati banyak penyeludupan berlaku di Pusat Tahanan Polis Daerah Kota Tinggi pada 23 November lalu.

Pihak polis yang dilaporkan terkejut selepas menemui 38.65 gram methamphetamine, 42.25 gram Heroin dan 97 paket tembakau telah mengarahkan satu siasatan tegas dijalankan berhubung perkara itu.

Selepas kes itu terbongkar, pihak atasan polis Johor telah menjalankan siasatan menyeluruh di pusat tahanan berkenaan kelmarin. Dalam masa yang sama ujian air kencing telah dilakukan terhadap semua 129 orang tahanan.

Seramai 22 tahanan didapati positif dadah, iaitu meliputi 20 peratus daripada jumlah keseluruhan tahanan.

Malah pegawai polis juga tidak terkecuali di mana daripada empat orang pegawai yang ditugaskan menjaga pusat tahanan itu, seorang didapati positif methamphetamine. Manakala selebihnya menjadi keldai dadah.


Mereka dilapor menjalankan kegiatan itu di bawah arahan seorang pengedar dadah berpangkat "datuk" dalam pusat tahanan tersebut.

Anggota polis berkenaan menghubungi keluarganya yang berada di luar untuk mendapatkan bekalan dadah dan tembakau.

Mereka menerima bayaran sehingga RM500 untuk setiap kali penghantaran.

1 Comments

  1. KORUPSI KORUPSI. PUNCA SEGALA KEBOBROKAN

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan