China jadi negara kedua pacak bendera atas bulan

CHINA dilaporkan telah memacak bendera negaranya di atas permukaan bulan 50 tahun selepas Amerika Syarikat menjadi negara dunia pertama berbuat demikian.


Gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Kebangsaan China menunjukkan bendera berwarna merah dengan bintang 5 itu dilihat terpacak di atas permukaan bulan yang tidak berangin.

bendera china di atas bulan

Gambar itu dilaporkan diambil menerusi kamera kenderaan peninjau Chang'e-5 sebelum meninggalkan bulan bersama sampel-sampel bebatuan pada hari Khamis.

Amerika Syarikat sebelum ini telah memacakkan bendera negara itu dalam misi Apollo 11 yang membawa angkasawan dalam tahun 1969. Lima lagi bendera Amerika Syarikat turut dipacakkan di permukaan bulan dalam misi-misi seterusnya sehingga tahun 1972.


Pada tahun 2012 agensi angkasa Amerika NASA mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan bahawa kelima-lima bendera itu masih tersergam di sana, namun beberapa pakar yang dipetik oleh laporan media mengatakan bendera berkenaan mungkin telah pudar menjadi putih akibat sinaran matahari.

Bendera pertama sebelum ini menurut angkasawan Buzz Aldrin telah dipacakkan terlalu hampir dengan kapal angkasa Apollo, dan katanya mungkin telah diterbangkan ketika kapal itu berlepas pergi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan