Peperiksaan UPSR akan dimansuhkan

PEPERIKSAAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah mungkin akan dimansuhkan tidak lama lagi, kajian berhubung perkara itu dilaporkan dalam peringkat akhir.


Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I, dilaporkan berkata keputusan muktamad mengenai pemansuhan itu akan dibuat tidak lama lagi.

Muslimin Yahaya

"Kemungkinan besar tidak akan ada lagi UPSR pada tahun hadapan dan selama-lamanya,"

"Kementerian sekarang pada peringkat akhir membuat kajian mengenainya dan insyaallah akan membuat keputusan muktamad tidak lama lagi," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian.

Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menjalankan kajian sama ada UPSR akan diganti dengan ujian baharu yang sama fungsi.


Tegasnya pencapaian akademik murid tahun 6 akan dinilai melalui pentaksiran sepanjang masa, ujian esei, dan temuduga bagi penempatan di 5 jenis sekolah khusus.

Pada 15 April lalu KPM telah membuat pengumuman bahawa UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan susulan pendemik Covid-19.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan