Enam laporan polis terhadap Da'i Syed setakat ini

ENAM laporan diterima oleh pihak polis setakat ini terhadap pendakwah selebriti dipercayai Dai Syed atas dakwaan rogol dan cabul.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, 5 laporan polis dibuat di Shah Alam manakala satu lagi di Petaling Jaya.

Dai Syed direman

Da'i Syed kini sedang menjalani tahanan reman yang akan tamat pada 1 Disember (hari ini), namun oleh kerana terdapat laporan baru diterima daripada mangsa, maka pihak polis akan memohon lanjutan reman bagi menyiasat laporan baru berkenaan.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu untuk kesalahan merogol, Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi jenayah cabul, dan Seksyen 377C untuk kesalahan seks luar tabii juga Seksyen 323 Kanun Keseksaan untuk jenayah mendatangkan kecederaan.


Suspek yang berusia 25 tahun itu pernah menyertai satu rancangan realiti di televisyen yang berbentuk dakwah dan keagamaan.

Pada jam 11 malam hari Khamis lalu, Da'i Syed telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memberikan keterangan, sebelum ditahan.

Penahanan itu dibuat oleh pihak polis berdasarkan aduan yang dibuat oleh seorang mangsa pada jam 7.18 malam hari yang sama mendakwa telah dirogol oleh suspek.

Pihak polis dilaporkan menyeru sekiranya ada wanita lain yang menjadi mangsa supaya jangan berasa bimbang sebaliknya tampil untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan