TENAGA Nasional Berhad (TNB) mengumumkan menerusi halaman facebook rasminya bahawa akan berlaku gangguan bekalan elektrik di 10 kawasan di Johor Bahru.
Antara kawasan yang diumumkan ialah:
1. Taman Anggerik
2. Taman Bukit Kempas
3. Taman Bukit mewah
4. Taman Munsyi Ibrahim
5. Taman Impian Mas
6. Taman Universiti
7. Taman Nusa Sentral
8. Taman Mutiara Rini
9. Taman Ungku Aminah
10. Taman Setia Tropika
Bagaimanapun menurut TNB, pasukan teknikalnya kini sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.
Difahamkan bekalan elektrik akan beransur pulih secara berperingkat bergantung kepada situasi semasa.
Post a Comment