KPM teruskan subjek tulisan jawi yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan

KERAJAAN dilaporkan telah memutuskan untuk meneruskan pembelajaran subjek tulisan jawi di sekolah vernakular yang diperkenalkan sejak tahun lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan.


Menerusi ketetapan itu subjek pembelajaran tulisan jawi akan tetap diteruskan di Sekolah jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan mulai tahun 2021.

Tulisan Jawi Muslimin Yahaya

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata keputusan untuk memperkenalkan tulisan jawi itu dibuat oleh kerajaan pada 14 Ogos tahun lalu. 

Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan pembelajaran tulisan jawi itu telah mendapat bantahan segelintir pihak.

Ia turun menjadi salah satu isu panas yang menjejaskan imej kerajaan Pakatan Harapan seterusnya membawa kepada kejatuhan gabungan berkenaan sebelum lahirnya Perikatan Nasional (PN).

"Kami Kementerian Pendidikan Malaysia, kami mengikut keputusan jemaah menteri bertarikh pada 14 Ogos 2019, yang memutuskan supaya pengenalan tulisan Jawi tetap diteruskan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah jenis Kebangsaan,"


"Inilah keputusan yang dibuat jemaah menteri dan pada dasarnya kita mengikut sahaja apa arahan diputuskan oleh jemaah menteri," kata Muslimin di Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Sungai Besar itu berkata demikian menjawab soalan tambahan Sabri Aziz (PN-Jerai) yang meminta kerajaan menjelaskan sama ada rancangan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah rendah, termasuk sekolah vernakular akan diteruskan.

Menurut Muslim, pembelajaran tulisan jawi itu bukan seperti yang digambarkan secara negatif oleh pihak tertentu sebaliknya hanya membabitkan aspek seni, warisan dan sejarah yang perlu dihargai.

"Kita bukan mengajar pelajar-pelajar kita menulis dan membaca atau mengajar 30 huruf dalam alif, ba, ta, sebaliknya ia sekadar proses pengecaman. Kita tidak mengajar tentang alif bata termasuk mencantumkan antara vokal dan konsonan dalam tulisan jawi,"


"Contohnya dalam duit kita ada tulisan jawi di belakangnya. Ada tulisan Bank Negara Malaysia dan Ringgit Malaysia dalam tulisan jawi."

"Jadi, dalam pengenalan tulisan jawi bagi Tahap 2 Tahun 4 bermula tahun ini hanyalah proses pengecaman yang perlu mereka pelajari," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan