MP Pasir Gudang gesa pembangkang lantik calon Perdana Menteri seterusnya untuk PRU15

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dilaporkan menggesa pembangkang untuk membuat keputusan mutlak siapa yang patut menjadi pemimpin dan calon Perdana Menteri seterusnya.


Ahli Parlimen KEADILAN itu dilaporkan berkata, pembangkang tidak boleh lagi menangguhkan perkara itu, dan perlu bersedia untuk pilihanraya umum seterusnya selepas kegagalan untuk menewaskan bajet 2021 di Dewan Parlimen.

Hassan Karim

"Perlu ada satu perbincangan di kalangan pemimpin atasan dan presiden-presiden parti." Kata Hassan.

Baginya pula, beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon seterusnya.

"Anwar patut dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk gabungan besar Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti pembangkang lain," katanya.

Tambah Hassan, PH perlu mencari formula dan naratif yang lebih jelas untuk pilihanraya umum seterusnya, bagi menyakinkan pengundi untuk menyokong Pakatan Harapan+ dan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.


Beliau juga mencadangkan PH membentuk satu platform baru serta memperkukuhkan ikatan dengan parti-parti pembangkang lain.

Belanjawan negara bagi tahun hadapan telah diluluskan di Dewan Rakyat semalam dengan majoriti tipis 111 ahli parlimen menyokong manakala 108 ahli parlimen membantah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan