Petugas kesihatan alami alergi serius 10 minit selepas terima suntikan vaksin Pfizer

SEORANG petugas kesihatan di Alaska Amerika Syarikat dilaporkan menerima tindak balas alergi yang serius 10 minit selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer pada hari Selasa.


Petugas wanita itu dilaporkan mengalami kemerah-merahan, di bahagian muka dan badan, serta pelbagai tanda reaksi alergik seperti sesak nafas dan jantungnya berdegup kencang selepas menerima vaksin di Bartlett Regional Hospital yang terletak di Juneau.

Petugas Kesihatan terima suntikan vaksin

Menurut Dr Lindy Jones, pengarah jabatan kecemasan hospital berkenaan, petugas itu telah diberikan satu suntikan 'epinephrine' yang mana ia merupakan prosedur biasa dilakukan untuk merawat reaksi alergik yang serius. Pada peringkat awal simptom dialami berkurang, namun ia datang kembali.

Wanita itu telah dirawat menggunakan steroid dan titisan epinephrine. Apabila doktor cuba menghentikan titisan berkenaan, simptom berkenaan datang semula menyebabkan mangsa terpaksa dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) dan perkembangannya dipantau rapi sepanjang malam.

Mangsa telah dimasukkan ke unit rawatan rapi ICU dan keadaannya kini dilaporkan stabil dan dijangka akan dibenarkan keluar hari ini.


Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial Alaska, wanita itu sebelum ini tidak mempunyai sebarang sejarah alergi.

Tindak balas alergi itu dipercayai serupa seperti yang dialami oleh dua orang petugas kesihatan di Britain sebelum ini, selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech SE minggu lepas.

Ratusan ribu rakyat Amerika dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin beberapa minggu ke hadapan, justeru pihak berkuasa negara itu kini mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi untuk melihat jika ada penerima menunjukkan tindakbalas serius.

Kes pertama sebelum ini dilaporkan oleh The New York Times pada hari Rabu.

Meskipun mengalami tindak balas alergi yang begitu serius, wanita itu dilaporkan kecewa kerana tidak dapat menerima dos kedua vaksin Pfizer.

"Dia kekal bersikap positif," kata Dr Nobel Anderson, salah seorang petugas perubatan dalam satu sidang media.


"Dia sangat teruja selepas menerima dos pertama, dan kecewa kerana tidak dapat menerima dos yang kedua. Dia menggalakkan kami melakukannya," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan