Dua beradik rogol anak jiran sampai hamil 6 bulan

DUA orang adik beradik di Sibu Sarawak, dilaporkan merogol remaja berumur 16 tahun yang juga merupakan jirannya sehingga mangsa hamil 6 bulan. 



Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam untuk dibicarakan. Si abang yang berusia 25 tahun telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan dua sebatan.

rogol anak jiran

Namun meskipun telah mengaku bersalah, pertuduhan terhadap tertuduh kedua akan dipindahkan ke Mahkamah Juvana kerana adik kepada tertuduh pertama itu baru berusia 14 tahun.

Mahkamah masih memerlukan laporan dari Jabatan Kebajikan dan kes berkenaan akan disebut semula di mahkamah pada 21 Januari tahun hadapan. 

Remaja itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 4,000 di mana ayahnya sebagai penjamin. Dia diperintahkan untuk melapor diri pada hari pertama setiap bulan sepanjang tempoh perbicaraan.


Kedua-dua beradik itu dituduh merogol seorang gadis berusia 16 tahun pada bulan Jun 2020. Kesalahan itu di bawah peruntukan 376 (2)(K) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan beserta hukuman sebat.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah dibawa ke sebuah klinik pada 5 Disember tahun ini, dan doktor mengesahkan mangsa telah hamil enam bulan. 

Pihak polis kemudian telah menahan suspek pertama di rumahnya, pada 10 Disember 2020 manakala adiknya ditahan kemudian pada hari yang sama.


Post a comment

0 Comments