Pasar Besar Larkin dan Medan Selera diarah tutup 7 hari

PASAR Besar Larkin dan Medan Selera yang terletak di Jalan Garuda, Larkin Jaya, Johor Bahru diarah tutup selama 7 hari bermula semalam (16 Disember 2020) sehingga 22 Disember 2020.



Notis pemberitahuan tentang penutupan itu tular di media sosial, yang dimuat naik oleh pelbagai individu menerusi akaun Facebook.

Pasar Besar Larkin diarah tutup 7 hari

Berdasarkan notis yang tular, perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah Subseksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Saya pegawai diberi kuasa dengan ini memerintahkan penutupan premis berikut Pasar Besar Dan Medan Selera Larkin Sentral, BT 5 Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim,"

"Bermula tarikh 16 Disember 2020, dan jam 5:00 PM sehingga tarikh 22 Disember 2020, untuk tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit." tulis notis itu.



Tindakan itu difahamkan susulan kes Covid-19 yang dikesan di lokasi berkenaan, dan penutupan itu dilakukan bagi menjalankan proses membasmi kuman di seluruh kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Datuk Aman Bin Rabu dilaporkan telah mengesahkan bahawa penutupan itu disebabkan oleh kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan