Promosi AirAsia RM12 tambang sehala domestik

SEMPENA pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri di dalam negara bermula hari ini, AirAsia menawarkan tambang murah serendah RM12 sehala selama 3 hari untuk penerbangan domestik.



Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, tambang itu termasuk untuk semua ahli BIG bagi perjalanan antara 14 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.

AirAsia Flight

Menurutnya semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk menukar penerbangan menerusi link pautan 'Tempahan Saya'

"Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. jadi Kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan,"

"Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pendemik di samping memulihkan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Tambah Riad, AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baru dan menjangkakan promosi Cuti-cuti Malaysia dengan harga bermula RM12 ini dapat memenuhi permintaan perjalanan domestik.

AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menawarkan e-boucer bernilai RM50 untuk kempen Cuti-cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan