Samsung akan hentikan pengeluaran siri Galaxy Note mulai tahun depan

SAMSUNG Electronics dijangka akan menghentikan pengeluaran siri premium telefon pintar Galaxy Note mulai tahun depan lapor media-media utama memetik sumber dalaman yang mengetahui tentang perkara itu.



Langkah itu dilaporkan ada kaitan dengan penurunan drastik terhadap permintaan telefon pintar premium akibat pandemik coronavirus.

Siri Galaxy Note

Siri Galaxy Note dikenali dengan ciri skrin lebar dan bergaya merupakan satu daripada dua siri premium keluaran Samsung. Manakala satu lagi siri premium ialah Galaxy S yang mempunyai peminat tersendiri.

Buat masa ini, gergasi teknologi dari Korea Selatan itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membangunkan versi baru siri Galaxy Note untuk keluaran tahun 2021 kata tiga sumber yang enggan identitinya didedahkan kerana perkara itu tidak akan didedahkan kepada umum.

Sebaliknya siri Galaxy S, iaitu S21 dan versi baru telefon bimbit boleh lipat akan dijual secara berasingan tahun depan kata sumber berkenaan.


Sumber kedua pula memaklumkan bahawa pasukan penyelidikan syarikat yang sebelum ini menumpukan usaha di dalam pembangunan siri Galaxy Note akan disalurkan untuk membangunkan siri Samsung boleh lipat (foldable).

Tom Kang seorang penganalisis dari syarikat penyelidikan Counterpoint dilaporkan berkata, jualan siri Samsung Note dijangka merosot sebanyak 20 peratus kepada lapan juta tahun ini sementara jualan siri S berkemungkinan merosot kepada lima juta kepada kurang daripada 30 juta jualan.

"Permintaan terhadap produk premium telah merosot tahun ini dan orang ramai tidak mencari produk baru," katanya.


Galaxy Note 20 telah dilancarkan di Amerika Syarikat tahun ini dengan harga USD999 (RM4,195) sementara iPhone 12 bermula pada harga USD799 (RM3,355).

Samsung mula melancarkan siri Note dalam tahun 2011, dan mencipta kejayaan dalam pasaran baru untuk model telefon pintar dengan skrin bersaiz lebih besar, sekaligus berjaya menewaskan Apple Inc seterusnya muncul sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia buat kali pertama pada tahun itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan