Sidang APEC diadakan secara online, tapi menteri minta peruntukan RM25 juta?

KECOH di media sosial tentang peruntukan yang diminta oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali sebanyak RM25 juta untuk Persidangan APEC.



Umum mengetahui bahawa Persidangan APEC telah berlangsung pada bulan November lalu, oleh kerana pandemik Covid-19, ia telah diadakan secara atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran dan jangkitan Covid-19.

TAG

Namun apa yang menjadi persoalan, mengapa Menteri perlu meminta peruntukan sampai RM25 juta untuk persidangan tersebut dalam Bajet 2021?

Persidangan itu sendiri sudah selesai, apa lagi keperluan meminta peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk persidangan yang sudah berlangsung?


Malah jumlah yang diminta juga tidak masuk akal. Mana tidaknya takkanlah setakat buat mesyuarat atas talian pun nak kena bayaran sampai RM25 juta? Gila ke apa?

TAG

Jadi sama-sama kita lihat, adakah peruntukkan tak masuk akal ini akan diluluskan oleh kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.

Dalam masa yang sama, kita tunggu juga adakah ahli parlimen dari kawasan kita akan menyokong atau menolak peruntukan ini di Dewan Rakyat nanti. Rakyat sedang memerhati.

Post a comment

1 Comments

  1. Kita tunggu juga adakah ahli parlimen dari (WARISAN) dan kawasan kita akan menyokong atau menolak peruntukan ini di Dewan Rakyat nanti. Rakyat sedang memerhati.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda