Adun dedah rakaman video pekerja Top Glove panjat pagar ketika PKPD

AHLI Dewan Undangan Negeri kawasan Meru, Fakhrulrazi Mokhtar semalam mendedahkan rakaman video pekerja warga asing Top Glove memanjat pagar meskipun Perintah Larangan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dilaksanakan di asrama mereka.


Menyifatkan tindakan itu sebagai biadap, Fakhrulrazi mempersoalkan mengapa pihak pengurusan Top Glove tidak mengawal tingkah laku pekerjanya.

Pekerja Top Glove panjat pagar

"Mana pergi pengurusan pihak Top Glove untuk kawal tingkah laku yang biadap seperti ini? Ini yang rakyat nampak dan rekodkan, yang tidak nampak mungkin banyak lagi!" tegasnya.

Menurutnya kejadian itu berlaku di belakang hostel Kilang Top Glove yang beralamat di nombor 48 Jalan Sesenduk 21 Taman Meru Jaya, Meru.

Beliau berharap tidak ada lagi tingkah laku biadap seperti itu yang akan melanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu lagi sekaligus turut melibatkan warga tempatan di kawasan berkenaan.


"Harap pihak agensi kerajaan yang berkenaan ambil tindakan sewajarnya, kasihan kepada penduduk tempatan yang sentiasa menjaga SOP ketetapan kerajaan sendiri," 

Berdasarkan rakaman video berdurasi 28 saat itu, seorang individu dipercayai warga asing menghulur tangan ke arah beberapa rakannya yang berdiri di atas sebuah pagar batu.

Rakannya itu kemudian menarik tangan individu tadi untuk membantunya naik ke atas pagar berkenaan dipercayai untuk masuk ke dalam kawasan asrama.

Rakaman itu yang difahamkan diperolehi hasil maklumat orang ramai, telah dimuat naik menerusi laman facebook Pusat Khidmat Masyarakat N42 Meru Klang — YB Fakhrulrazi Mokhtar.


Sumber — Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan