Sindiket Ah Long upah orang awam RM300 simbah cat merah

BIASA kita dengar atau lihat rumah orang yang tak bayar hutang 'Ah Long' akan disimbah dengan cat merah. Namun biasanya orang yang menyimbah cat itu tidak diketahui siapa dan bila mereka buat kerja tu semua.


Namun berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini, rupa-rupanya sindiket lintah darat seperti Ah Long ini menggunakan khidmat orang awam untuk menyimbah cat di rumah-rumah tertentu dengan sejumlah wang sebagai bayaran upah melakukan kerja berkenaan.

Simbah Cat Merah
Salah satu kejadian rumah disimbah cat merah yang pernah dilaporkan media sebelum ini

Lebih menarik perhatian, tawaran untuk bekerja sebagai tukang simbah cat itu diiklankan kepada orang awam menerusi laman sosial.

Perkara itu difahamkan terbongkar selepas tiga orang lelaki berusia 20 hingga 25 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan kegiatan itu.

Ketiga-tiga lelaki itu, kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ditahan selepas kehadiran mereka yang mencurigakan disedari oleh orang awam di Jalan Bukit Permata, Selayang hari Isnin lalu.


Berdasarkan siasatan pihak polis ketiga-tiga suspek itu masing-masing ditawarkan upah sebanyak RM300 bagi menyimbah cat di rumah atau kenderaan milik individu tertentu seperti yang diarahkan oleh 'majikan' mereka.

Mereka tidak tahu pun apa sebenarnya tujuan mereka diarah menyimbah cat itu. Selepas tugas menyimbah cat dilakukan mereka perlu memberi gambar kepada seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin untuk menerima upah.

Pihak polis juga dilaporkan telah merampas beberapa buah telefon bimbit, komputer riba dan tong serta botol berisi cat merah dalam dua kenderaan yang dinaiki oleh ketiga-tiga suspek terbabit.

Kata Arifai, enam laporan kejadian simbah cat yang diterima oleh pihak polis sejak awal tahun ini dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama.


Hasil siasatan yang dijalankan keatas saspek berkenaan membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kelvin di rumah sewanya di Kajang pada hari yang sama.

Namun Kelvin bukanlah majikan yang sebenar, sebaliknya dia hanya menjadi orang tengah kepada sindiket 'Ah Long'.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan