Tak pinjam duit, tapi Ah Long bakar kereta

TUJUH orang ahli keluarga yang sedang menikmati masa bersama dilaporkan menerima kejutan apabila terdengar satu letupan di luar rumah mereka yang terletak di Taman Setia Indah, Johor Baru.



Seorang suri rumah yang hanya dikenali sebagai Chook, 30 memberitahu mereka segera keluar dan mendapati bahagian depan keretanya yang diletakkan di luar rumah sedang dijilat api.

Kejadian itu menurutnya berlaku jam 9 malam pada 25 November lalu.

Bakar Kereta
Tangkapan layar video menunjukkan seorang lelaki sedang membakar kereta milik Chook

"Pada mulanya saya fikir ada sesuatu yang tak kena dengan kereta saya menyebabkan ia terbakar, namun beberapa minit kemudian, saya menerima satu klip video dari nombor Singapura menunjukkan seorang lelaki sedang membakar kereta saya,"

"Pengirim memberitahu suami saya yang bekerja dalam bidang pembinaan di Singapura berhutang dengannya sebanyak S$4,000 (RM12,176) dan mengugut untuk melakukan perkara lebih buruk jika kami tidak membayar jumlah berkenaan," katanya.


Tambahnya lagi Ah Long berkenaan turut menyimpan gambar My Kad miliknya dan suami serta permit kerja suaminya di Singapura. Lintah darat itu meminta bayaran $S3,000 (RM9,140).

Dia percaya maklumat suami telah disalahguna kerana maklumat itu dihantar kepada majikan hanya untuk tujuan pekerjaan.

"Kami buat keputusan untuk membayar $S3,000 kepada Ah Long berkenaan esoknya, walaupun kami tiada meminjam duit sebab kami bimbang keselamatan keluarga kami," katanya.

Menurutnya kos baik pulih kerosakan keretanya dianggarkan berjumlah RM20,000 disebabkan kebakaran itu telah memusnahkan pendawaian kenderaan berkenaan.

Pihak polis dilaporkan sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Sumber — The Star

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan