Kenapa harga emas turun mendadak?

BEBERAPA hari ini kita dikejutkan dengan berita harga emas yang turun secara mendadak, sampaikan orang ramai terutama golongan wanita dilaporkan sanggup bersesak-sesak di kedai-kedai emas untuk membeli perhiasan berharga itu.



Terbaru, 17 orang wanita yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membeli emas di kedai, masing-masing dikenakan saman RM1,000 oleh pihak berkuasa.

emas

Apa sebenarnya yang menjadi punca tiba-tiba harga emas jatuh mendadak selepas kita menyaksikan trend kenaikan harga emas sejak awal Januari lalu?

Menurut kata seorang perunding pelaburan emas, Syukor Hashim, penemuan vaksin covid 19 menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Menurutnya harga emas sebelum ini naik disebabkan oleh ancaman covid-19 yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia mengakibatkan orang ramai tidak berani berbelanja dan secara tidak langsung pelabur memilih emas sebagai aset selamat.


Namun apabila tersebarnya berita mengenai vaksin Covid-19, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman wabak pembawa maut itu dimana pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih.

Oleh itu menurutnya emas mula dilihat hilang daya tarikan sebagai aset selamat.

Ditanya bilakah jangkaan penurunan harga emas ini akan berakhir, menurut Syukor ia tidak dapat dijangka kerana dipengaruhi berita dari semasa ke semasa yang memberi kesan kepada naik turun harga emas.

"Sebagai contoh, bagaimana proses peralihan kuasa Amerika Syarikat antara Joe Biden dengan Donald Trump, sekiranya ada 'drama' antara mereka harga emas boleh naik semula. begitujuga implikasi berita politik mengenai Iran yang mendakwa saintis nuklearnya dibunuh Israel," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.


"Dengan kata lain, harga emas 99 berpunca daripada covid19 sahaja, tapi banyak faktor lain. Namun, faktor utama tahun ini adalah wabak itu," katanya sambil menambah apa saja situasi yang berlaku di Malaysia langsung tidak mempengaruhi perubahan harga emas.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan