Tiga anggota Polis ditahan peras ugut RM10,000 selepas jenayah dirakam oleh orang awam

TIGA orang anggota polis dari Unit Pengiring Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, dilaporkan telah ditahan kerana melakukan peras ugut meminta wang berjumlah RM10,000 dari mangsa.



Berdasarkan laporan chinapress ketika kejadian, sebuah kereta jenis Myvi, yang membawa tiga warga China dan seorang lelaki tempatan telah ditahan oleh sebuah kereta peronda polis dan dituduh melanggar lampu isyarat.

Peras ugut

Selepas penahanan itu, anggota polis berkenaan telah menahan seorang lelaki namun 3 orang lagi warga China telah melompat keluar dan cuba melarikan diri meninggalkan kenderaan tersebut. Namun seorang lagi berjaya ditahan.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah melakukan peras ugut meminta RM10,000 dari mereka ketika itu dan bertindak melepaskan mereka selepas wang diterima, namun mereka tidak sedar bahawa kejadian itu telah dirakam oleh orang awam yang menyaksikannya.

Selepas menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak polis telah menahan tiga anggota polis terlibat dengan kes berkenaan dan berjaya merampas wang berjumlah RM10,000 dari suspek.


Anggota Polis terbabit mendakwa mereka menghentikan kenderaan tersebut kerana disyaki melanggar lampu merah, namun individu dalam kenderaan terbabit membayar mereka RM10,000 dan meminta untuk dilepaskan.

Kes itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan, dan ketiga-tiga anggota polis berkenaan disahkan telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan