Bandar Kota Tinggi lumpuh sepenuhnya akibat banjir

BANDAR Kota Tinggi, Johor lumpuh sepenuhnya selepas ditenggelami air sedalam sehingga 1.5 meter.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pihak polis telah menutup semua laluan menuju ke pusat bandar.

Banjir Kota Tinggi 2021

Banjir terjadi akibat hujan lebat berterusan serta limpahan air sungai Johor disebabkan oleh fenomena air pasang besar.

Semua jalan utama menuju ke pusat bandar terputus selepas dinaiki air sehingga 1 meter. Kali terakhir Bandar Kota Tinggi terjejas akibat banjir besar ialah pada 15 tahun yang lalu.

Paras air sungai Johor dilaporkan terus meningkat, semua premis perniagaan di Bandar Kota Tinggi termasuk institusi kewangan terpaksa ditutup.

Orang ramai diminta tidak menjadikan banjir sebagai pesta air bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superintenden Kusin Zabora berkata pihaknya menjalankan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan