Doktor maut 2 minggu selepas terima suntikan vaksin Pfizer

SEORANG doktor berusia 56 tahun dilaporkan meninggal dunia 16 hari selepas menerima suntikan vaksin Pfizer. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kematiannya.



Gregory Michael merupakan seorang doktor pakar kelahiran (obstetrik), yang bertugas di Mount Sinai Medical Centre di Pantai Miami. Identiti doktor itu didedahkan oleh isterinya menerusi kiriman di akaun Facebook.

Gregory Michael

Dalam kiriman itu, Heidi Neckelmann berkata 'cinta hidupnya' meninggal dunia pada 3 Januari 2021, "akibat tindak balas kuat sistem badannya terhadap vaksin Covid-19," menurutnya sebelum ini suaminya seorang yang sihat, disayangi masyarakat dan telah menyambut ratusan kelahiran bayi tanpa mengira penat lelah sepanjang pandemik Covid-19.

Pada 18 Disember, Michael telah menerima suntikan vaksin Pfizer. Tiga hari kemudian dia mengalami bintik-bintik merah yang banyak di bahagian kaki dan tangan, sekaligus mengakibatkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di bilik kecemasan di Mount Sinai Medical centre.

Ujian darah yang dijalankan ke atasnya menunjukkan angka sifar jumlah platlet. Menurut Neckelmann, jumlah normal platlet dalam darah sepatutnya dalam julat 150,000 hingga 450,000 dalam setiap microliter darah.


Michael kemudiannya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami trombositopenia (keadaan darah yang kekurangan platlet) akibat tindak balas badannya terhadap vaksin Pfizer yang diterimanya sebelum ini.

Selama dua minggu para doktor dan pakar dari seluruh negara telah cuba untuk meningkatkan jumlah platelet dalam darah Michael. Namun usaha itu tidak berjaya.

Pembedahan telah dijalankan sebagai penyelesaian terakhir, dan ketika ia dijalankan, Michael telah mengalami strok disebabkan kekurangan platelet di dalam darah sebelum meninggal dunia dalam masa beberapa minit.

Kata Nickelmann, sepanjang pandemik Michael merupakan seorang "penasihat pro-vaksin" dan sebab itulah dia memutuskan untuk dirinya sendiri menerima suntikan. 

Nickelmann memberi amaran bahawa orang ramai perlu menyedari bahawa kesan sampingan vaksin boleh berlaku dan ianya "tidak sentiasa baik untuk setiap orang,"


Katanya kejadian itu "telah memusnahkan satu kehidupan yang indah, sebuah keluarga yang sempurna, dan menjejaskan begitu ramai orang dalam komuniti,"

"Jangan biarkan kematian ini sia-sia, selamatkan lebih banyak nyawa dengan menjadikan informasi ini sebagai berita," katanya.

Sumber - Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan