Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk

BANJIR di 5 negeri menyaksikan peningkatan jumlah mangsa lebih 30,000 orang berada di 352 pusat pemindahan sementara PPS.

Keadaan itu bertambah buruk di Pahang apabila penduduk yang dipindahkan melebihi 22,000 orang. 

Banjir di Pahang Bertambah buruk

Turut terjejas di negeri Kelantan yang mengalami gelombang kedua banjir dengan jumlah mangsa naik mendadak lebih 3,000 orang.

Menurut laman sesawang info bencana jabatan kebajikan masyarakat JKM, banjir di Pahang membabitkan 9 daerah.

Setakat jam 7 malam tadi, kawasan paling terjejas di Maran dan Temerloh yang mencatatkan lebih 5,400 dan 4200 mangsa banjir.

Sejumlah masing-masing 41 dan 48 PPS di dua daerah berkenaan. Manakala di Kuantan hampir 3800 orang daripada 1000 keluarga ditempatkan di 33 buah PPS.

Jumlah mangsa banjir di Lipis, Jerantut dan Raub juga melebihi 2,000 orang di setiap daerah. Tiga daerah lain di Rompin, Pekan dan Bera jumlah mangsa dipindahkan antara 500 hingga 970 orang.

Peningkatan mangsa yang dipindahkan berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air sungai utama.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan