Nazri Aziz umum tarik balik sokongan kepada PN

AHLI Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz hari ini mengumum kan untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



"Hari ini bermakna kerajaan ada 109 (sokongan) sahaja, tak ada majoriti," katanya.

TAG

Nazri menegaskan bahawa usul yang dibawa oleh bahagian Umno untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebenarnya sudah menjadi pendirian Umno.

Namun usul itu akan dibawa ke perhimpunan Agung Umno sekadar untuk tujuan 'Formalisasi'.

Katanya lagi, terdapat segelintir pemimpin berjawatan menteri dari Umno yang bertindak tidak selari dengan aspirasi parti, mereka ini meletakkan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan parti.

"Ada menteri dan timbalan menteri Umno yang 'reluctant' takut kehilangan gaji," katanya.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan Nazri sebagai pemimpin ketiga Umno, yang mengumum kan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.


Sebelum ini Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan.

Menurut Nazri lagi, beliau menjangkakan akan ada dua atau tiga lagi Ahli parlimen yang akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan