Pelajar SPM dan STPM dibenarkan berambut panjang — Ismail Sabri

SEMUA pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan hadir ke sekolah dengan berambut panjang.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaacob. Katanya para pelajar berkenaan tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

Ismail Sabri

Menurutnya keputusan itu diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disebabkan semua kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

Hasil perbincangan bersama KPM dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), bersetuju mereka dibenarkan ke sekolah tanpa diambil tindakan oleh guru walaupun berambut panjang katanya dalam sidang media harian Covid-19.

Tambahnya lagi hanya selepas dua minggu kebenaran untuk membuka semula operasi kedai gunting rambut akan dinilai semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita tutup selama dua minggu, selepas dua minggu KKM akan menilai semula sama ada boleh memberi kelonggaran atau sebaliknya, sabar dahulu," katanya.

Bagi tujuan kembali meneruskan pengajian, tegasnya kerajaan tidak membenarkan institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah untuk mewajibkan pelajar menjalankan ujian saringan terlebih dahulu.

Dalam sidang media itu juga, Ismail mengumunkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan kedai cermin mata beroperasi sepanjang tempoh PKP selepas menerima rayuan Persatuan Optometri Malaysia (MOA) namun premis berkenaan perlu mematuhi SOP yang ketat.

Katanya optometri dikira sebagai cabang yang berkaitan dengan kesihatan. Namun SOP ketat wajib dipatuhi dan tindakan menutup semula premis mereka akan dilakukan jika gagal mematuhi SOP.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan