SEJUMLAH 23 warga emas mati selepas beberapa hari menerima suntikan vaksin Pfizer di Norway lapor express.co.uk.
Negara kesatuan Eropah itu melaporkan bahawa 23 warga emas itu meninggal dunia dalam masa beberapa hari selepas mengambil vaksin Pfizer, di mana kematian 13 daripada mereka dikatakan berkaitan dengan "kesan sampingan".
Kesemua mereka yang mengalami kesan sampingan merupakan pesakit di rumah jagaan orang tua dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.
Selepas kejadian berkenaan, pihak berkuasa kesihatan tidak meluahkan sebarang kebimbangan sebaliknya merancang untuk mengubahsuai peraturan tentang siapa yang patut menerima suntikan vaksin.
Pengarah Kesihatan Agensi Kesihatan Norway, Steinar Madsen berkata: "Agak jelas bahawa vaksin-vaksin ini mempunyai risiko yang sangat rendah, namun terdapat pengecualian terhadap pesakit-pesakit yang lemah,"
"Para doktor kini mesti berhati-hati untuk mempertimbangkan siapa yang perlu divaksin,"
"Kepada mereka yang sangat lemah dan di penghujung usia boleh divaksin selepas penilaian individu,"
Syarikat Farmasutikal Pfizer yang mengeluarkan vaksin itu berkata "pihaknya sedar dengan kematian yang dilaporkan,"
Seorang jurucakap syarikat berkenaan berkata: "Pihak berkuasa Norway telah memberikan keutamaan untuk memberikan suntikan vaksin kepada penghuni di rumah jagaan orang tua, kebanyakkan mereka sangat tua, mengalami masalah kesihatan dan sebahagian pula tenat.
"(Agensi Perubatan Norway mengesahkan) jumlah kejadian itu setakat ini tidak membimbangkan, dan selari dengan jangkaan,"
"Kesemua kematian yang dilaporkan akan dinilai secara teliti oleh (agensi itu) bagi menentukan jika insiden itu ada kaitan dengan vaksin berkenaan,"
"Kerajaan Norway juga mempertimbangkan untuk menyelaras arahan pemvaksinan supaya memberikan lebih pertimbangan terhadap keadaan kesihatan pesakit,"
Di samping mereka yang meninggal dunia, sembilan orang lagi mengalami kesan sampingan yang serius, termasuk tindak balas alergik, tidak selesa dan demam teruk.
Tujuh lagi mengalami kesan yang kurang serius seperti rasa sakit di bahagian yang menerima suntikan.
Setakat ini Norway mencatatkan sejumlah 57,000 kes Covid-19 dengan 500 kematian.
Di United Kingdom, UK Kerajaan telah mengeluarkan makluman berhubung kesan sampingan yang mungkin dialami selepas menerima suntikan vaksin Pfizer.
Berdasarkan maklumat laman sesawang cdc.gov, kesan sampingan itu biasanya bermula dalam masa sehari atau dua selepas menerima vaksin.
"Mereka mungkin berasa seperti gejala demam dan mungkin menjejaskan kebolehan untuk menjalankan aktiviti harian, namun ia akan hilang dalam masa beberapa hari,"
Gejala itu termasuk rasa sakit, bengkak dan kemerahan di bahagian tangan yang menerima suntikan, kesejukan, kepenatan dan pening.
Vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer sama seperti vaksin keluaran AstraZeneca, di mana kedua-duanya memerlukan suntikan 2 kali.
Ia merupakan vaksin pertama yang diluluskan di UK.
Menurut Pfizer, pihaknya telah menjalankan ujian kemujaraban vaksin itu hanya apabila selepas individu diberikan dua suntikan pada selang masa 21 hari.
Namun ketua pegawai perubatan itu berkata, kebanyakan perlindungan awal diterima pada suntikan yang pertama.
Menurut mereka dos kedua vaksin berkenaan kemungkinan penting untuk durasi perlindungan, dan pada sela masa dos yang bersesuaian mungkin meningkatkan keberkesanan vaksin.
"Dalam perkataan lebih mudah, peningkatan keberkesanan vaksin dari dos kedua mungkin sederhana, majoriti perlindungan awal daripada penyakit klinikal itu adalah selepas menerima dos pertama vaksin," katanya.
Kontak saya.
ReplyDeleteNama: Hadi Queen Rosanah
Email: rosanahhadi@gmail.com
Negara: Indonesia
WA: +6288263264080
Nama saya HADI QUEEN ROSANAH, 60 tahun, seorang Ibu dan seorang wanita bisnis selama 20 tahun sekarang, Saya baru-baru ini mengalami kemunduran besar dalam bisnis saya dan membutuhkan dukungan keuangan, saya mendekati 4 bank di Indonesia untuk mendapatkan pinjaman, persyaratan bank untuk pinjaman besar sangat tidak mungkin terpenuhi, jadi saya pergi online untuk mencari pinjaman dan dalam prosesnya saya ditipu 100 juta oleh pendarat palsu sampai saya menemukan FEMI OTEDOLA LOAN FIRM, pertama saya takut melamar karena saya sebelumnya pengalaman, tapi akhirnya saya mengajukan pinjaman 900 juta dan setelah menyelesaikan semua prosedur dan mengirimkan detail rekening saya pinjaman saya ditransfer dalam waktu 2 jam saya sangat senang atas kebaikan dari FEMI OTEDOLA LOAN FIRM ini dan atas kejujuran mereka. jika Anda memiliki pertanyaan atau ingin tahu lebih banyak tentang perusahaan, hubungi saya.
Hubungi FEMI OTEDOLA LOAN FIRM dengan
WA: +1 (386) 628 3904
Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
Perusahaan: Femi Otedola Loan Firm
Situs web: https://femiotedolaloanfirm.websites.co.in
Post a Comment