Ratusan filem-filem percuma di YouTube

PASTI ramai yang kebosanan di rumah jika tiada aktiviti untuk dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.



Jika anda tidak melanggan Netflix untuk menonton filem-filem menarik menerusi internet, rupanya kita masih boleh menonton puluhan filem-filem secara percuma di YouTube dengan kualiti HD (1080p).

Filem Percuma di YouTube

Laman sesawang gergasi YouTube kini difahamkan membenarkan akses secara percuma kepada pelbagai filem Hollywood. Tidak pasti berapa banyak filem-filem yang ditawarkan, barangkali ratusan, mungkin mencapai ribuan filem-filem.

Cuma mungkin setiap filem yang dibenarkan tontonan secara percuma mengandungi iklan di pertengahan cerita. Perkara ini boleh dilihat berdasarkan tulisan "Free with ads" di bawah tajuk video stream filem-filem percuma yang disediakan.

Rasanya tak ada masalah pun kalau ada iklan yang penting percuma betul tak?

Difahamkan juga, YouTube sememangnya membenarkan tontonan percuma filem-filem tertentu sejak lama dahulu namun kebenaran itu hanya terhad untuk pelayar dari Amerika Syarikat sahaja.

Tidak pasti sama ada, kebenaran ini sengaja diberikan secara kekal kepada penduduk Malaysia, atau sebenarnya berlaku kesilapan teknikal sehingga membolehkan pelayar dari Malaysia juga menonton filem-filem berkenaan secara percuma.


Apa pun, kalau boleh ditonton tanpa bayaran, kenapa kita nak bayar betul tak?

Bagaimana cara untuk menonton?

Anda hanya perlu pergi ke Laman YouTube dan buat carian (search) 'YouTube Movies' kerana semua video-video stream percuma itu diterbitkan menerusi channel YouTube Movies.

Kemudian pilih dahulu mana-mana filem yang diterbitkan oleh channel tersebut. Selepas anda pilih filem tertentu, anda nantinya akan diberikan filem-filem lain sebagai 'sugesstion' untuk ditonton seterusnya. 

Selepas itu, silalah teroka sendiri semua filem-filem yang ada di situ. Selamat menonton!

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan