Sesi persekolahan 20 Jan dibatalkan, murid diarah belajar dari rumah

KEPUTUSAN bagi membenarkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan pada 20 Januari 2021 dibatalkan, semua murid sekolah rendah dan  dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sekolah menengah diarah belajar dari rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.


Keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan peningkatan kes jangkitan baru Covid-19 yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 16 Januari 2021 menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 ini hanya melibatkan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Oleh kerana ada sebilangan murid yang sudah mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, KPM memberikan dua ketetapan berijut: 

1. Sekolah berasrama penuh

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

Boleh kekal di asrama dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di sekolah, atau

Boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5(2020) dan Tingkatan 6:

Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Bagi sekolah harian berasrama pula, ini ketetapan KPM.

 
2. Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

Boleh kekal di asrama dan mengikut PdP secara dalam talian di sekolah atau

Boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

"Keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah,"

"Bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021," tulis kenyataan itu.

Menurut KPM lagi, semua guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka.

Manakala guru-guru bagi pelajar lain yang akan melaksanakan PdPR, kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh ketua jabatan.

KPM turut memaklumkan bahawa semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama untuk kekal berada di asrama kampus.


Namun bagi pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih sama ada untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing.

"PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. Perincian berkaitan pelaksanaan praktikal dan 'internship' IPG akan dimaklumkan kelak,"

"Pada masa yang sama semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka," katanya.

KPM turut menyarankan agar ketetapan yang dikeluarkan itu turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan