Shuib tinggalkan Hot FM, mahu tumpu perniagaan

PENYAMPAI radio Hot FM, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36 mengumumkan keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu selepas tamat kontrak kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Shuib yang juga merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin menyampaikan keputusan itu secara langsung pagi tadi ketika mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizie dan Shuk.

Shuib Sepahtu tinggalkan Hot FM

"Kepada semua pendengar Hot FM, saya nak mengumumkanlah secara rasminya hari ini 18 Januari 2021 lebih kurang beberapa hari lagi, sebab kontrak Shuib (tamat) pada 31 Januari 2021,"

"Selepas ini Shuib tidak akan ada lagi bersama dengan Geng Pagi," umumnya pagi tadi.

Katanya keputusan itu memang sudah lama difikirkannya. Shuib mengakui sepanjang dua tahun bekerja sejak tahun 2019, dia seronok bersama stesen radio tersebut.

"Aku tak pernah rasa pergi kerja macam balik rumah, macam tu seronoknya bekerja di sini," luahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan