Tengku Razaleigh Hamzah positif Covid-19

AHLI Parlimen Gua Musang, Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah kini dilaporkan sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.



Difahamkan 'Ku Li' tidak mengalami sebarang simptom atau komplikasi, dan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Tengku Razaleigh Hamzah

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu merupakan kontak rapat kepada Adun Nenggiri, Abdul Aziz Yusoff yang telah disahkan positif virus tersebut baru-baru ini.

Pada 9 Januari lalu, Ketua Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga disahkan positif bersama Adun Nenggiri.

Kedua-dua mereka sebelum ini pernah terlibat dalam misi menghantar bantuan banjir di Kampung Jeram Tekoh, Kampung Bertam Baru, dan Kampung Pasir Tumbuh, yang terletak di kawasan Gua Musang Kelantan.

Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani sebelum itu juga disahkan positif dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Tengku Razaleigh jika dilihat dari hantaran di media sosialnya, menunjukkan dia telah menghadiri dua program dalam masa 14 hari kebelakangan ini.

2 Januari lalu 'Ku Li' hadir dalam perjumpaan dengan perwakilan Umno Gua Musang, manakala pada 4 Januari lalu, dia terlibat dalam satu wawancara langsung bersama Astro Awani yang diadakan di kediamannya.

Tempoh inkubasi Covid-19 adalah selama 14 hari, maka semua individu yang terlibat dalam program-program bersama Ketua Bahagian Umno, Gua Musang itu perlu melakukan ujian saringan dan menjalankan pengasingan diri (kuarantin).

2 Comments

  1. Lepas ni lebih ramai lagi ahli politik yang akan disahkan positif covid-19, lagipun memang kerana merekalah punca kes covid semakin meningkat di Malaysia.

    Negara lain buat perintah larangan pergerakan semakin hari semakin matang, jangkitan covid semakin menurun.

    tapi Malaysia semakin buat perintah larangan pergerakan jangkitan covid semakin meningkat dari puluh-puluh kepada ratus-ratus dan sekarang angka jangkitan setiap hari mencapai ribuan jumlahnya.

    Semua disebabkan oleh pemimpin yang tidak layak tetapi kemaruk nak pegang jawatan.

    Parlimen pun boleh jadi Perdana Menteri.

    Oh Malaysia ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Orang yang tak dapat sokongan majoriti Ahli parlimen pun boleh jadi Perdana Menteri.

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan