Ibu Neelofa tarik balik permohonan hakcipta 'Harimau Menangis' lepas dikecam netizen

DATIN Noor Kartina Noor Mohammed, seorang usahawan yang juga merupakan ibu kepada pengacara terkenal Neelofa menarik balik permohonan untuk mendapat hak cipta terhadap resepi 'Harimau Menangis' dari Koperasi Harta Intelek Malaysia (MyIPO).



Kartina juga dilaporkan telah memohon maaf akibat 'kekeliruan' yang tercetus dan berharap penarikan balik permohonan itu akan menghentikan kontroversi yang tular di media sosial.

Harimau Menangis

"Saya telah buat keputusan untuk membatalkan permohonan hak cipta 'Harimau Menangis' secepat mungkin. Sebenarnya saya memohon untuk melindungi jenama perniagaan saya dan ejen-ejen daripada peniruan produk,"

"Saya mohon maaf dan sedar dengan kekeliruan yang tercetus. Saya harap keputusan itu sendiri dapat menjelaskan dan menyelesaikannya," katanya.

Ditanya sama ada dia sengaja untuk memperoleh hak cipta resipi berkenaan sekaligus menjejaskan kehidupan orang lain, usahawan itu menafikannya.

Menurut Kartini, dia tidak ada niat untuk menghalang orang lain mencari rezeki dan berharap isu itu kini selesai dan tidak dipanjangkan lagi.


Kartini menerima kritikan dan kecaman dari pengguna internet selepas tangkapan layar permohonan hakcipta bertarikh 24 November tahun lalu tersebar di media sosial.

Setakat 30 November, status permohonan itu dilaporkan masih lagi dalam peringkat pengesahan

Noor Kartina dilihat menambahkan lagi kekeliruan berhubung perkara itu apabila muncul dalam sebuah video sedang memasak 'harimau menangis' sambil membayangkan bahawa resipi itu sudah dipatenkan.

Pengerusi MyIPO, Datuk Mohamad Alamin semalam dilaporkan berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mencabar permohonan sebuah syarikat untuk mendapatkan hak cipta 'harimau menangis' jika mereka percaya bahawa perkara itu tidak berpatutan.

Jelasnya, MyIPO mengekalkan asas berdasarkan 'permohonan pertama' dalam permohonan hak cipta namun masih memberi jalan untuk bantahan daripada pihak-pihak yang tidak bersetuju, dan katanya cabaran seperti itu akan memaksa pemohon untuk membuktikan tuntutannya.


Resepi Harimau Menangis berasal dari makanan negara jiran Thailand suea rong hai, yang disediakan daripada daging lembu brisket (potongan daging bahagian dada) berempah yang dipotong kecil dan dipanggang dan dihidangkan bersama nasi pulut atau bersama sajian-sajian lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan