Rukun Qauli wajib pada lima tempat ketika solat

QAULI bermaksud melafazkan atau melontarkan suara dengan mengeluarkan bunyi. Rukun Qauli pula bermaksud atau merujuk kepada bacaan yang wajib dilakukan dengan mengeluarkan bunyi.

Rukun Qauli ini hukumnya wajib dilakukan ketika menunaikan solat. Jika tidak dilakukan solat menjadi tidak sah.

Takbir

Ketika melaksanakan solat, terdapat lima tempat yang wajib mematuhi rukun qauli. Pertama takbir, kedua ketika membaca Al-Fatihah, ketiga Tahiyat Akhir, keempat selawat dalam Tahiyat Akhir, dan yang kelima ketika memberi salam.

Pada kelima-lima tempat ini, kita wajib untuk mematuhi rukun Qauli di mana lafaz bacaan wajib didengar paling tidak oleh telinga kita sendiri, jika tidak solat kita dikira tidak sah.

Setakat manakah kuatnya suara yang perlu dilafazkan dalam kelima-lima tempat itu?

Ada lima tahap suara yang boleh diamalkan oleh orang awam ketika melaksanakan solat, setiap tahap atau tingkatan lontaran suara berkenaan mempunyai hukum-hukum yang tersendiri.

Afdhal — memperdengarkan bacaan berkenaan untuk diri sendiri, atau hanya diperdengarkan di telinga kita seorang sahaja.

Harus — jika boleh didengari oleh orang di sebelah kiri dan kanan kita ketika bersolat (dalam saf).

Makruh — Jika tahap lontaran suara bacaan berkenaan boleh didengari sehingga orang yang ketiga, di kiri dan kanan kita ketika menunaikan solat (dalam saf).

Haram — Jika lontaran suara bacaan boleh didengari oleh semua orang yang berada di sekeliling kita ketika sedang menunaikan solat. Contohnya jika satu masjid boleh dengar bacaan kita.

Tidak sah — Jika lontaran suara hanya berbisik-bisik seperti bunyi ular. Keempat-empat imam mazhab Hambali, Hanafi, Maliki, dan Syafie sependapat mengatakan bacaan seperti itu tidak sah.

Tidak sah solat apabila melafazkan bacaan tanpa suara, atau tanpa mengeluarkan suara dari bibir. Justeru solat dalam keadaan langsung tidak bersuara, bisu, atau membaca lafaz solat di dalam hati, juga adalah tidak sah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua orang yang mencari ilmu, dan semoga solat kita setiap hari sentiasa diterima oleh Allah SWT.

Sumber youtube.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan