Tok Pa disahkan positif Covid-19 selepas hadir mesyuarat kabinet

SUMBER kerajaan mengesahkan hari ini bahawa Datuk Seri Mustapa Mohamed atau juga dikenali sebagai Tok Pa, hadir dalam mesyuarat kabinet sebelum disahkan positif Covid-19.



Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal ekonomi hari ini mengumumkan bahawa Tok Pa positif Covid-19.

Tok Pa

"Ya dia hadir," kata sumber berkenaan ketika ditanya sama ada Tok Pa ada menghadiri mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Menurut pejabatnya, Menteri itu menjalani ujian ketika tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pagi semalam dan telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ ll) di Kota Baru, Kelantan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kepada Malay Mail bahawa usaha mengesan kontak rapat berkaitan kes Tok Pa sedang giat dijalankan.


Tok Pa merupakan Menteri kabinet kedua yang disahkan positif Covid-19, pada bulan Oktober tahun lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Zulkifli Mohamad Al-bakri disahkan positif Covid-19, menyebabkan beberapa menteri lain termasuk Perdana Menteri perlu menjalani pengasingan (kuarantin) kerana mereka pernah berada dalam satu mesyuarat khas kabinet.

Malaysia mencatatkan sejumlah 2,451 kes baru semalam, di mana kebayakan kes dari Selangor Sabah dan Negeri Sembilan.

Jumlah kes terkumpul di Malaysia setakat ini sebanyak 133,559 di mana sejumlah 26,185 kes masih aktif.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan