Rina Harun disahkan positif Covid-19

MENTERI Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Harun disahkan positif Covid-19 sehari selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan positif virus itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, menteri itu telah disahkan positif selepas menerima hasil ujian saringan semalam.

Rina Harun

Menurut kenyataan itu, Rina telah menjalani ujian saringan covid 19 di klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam.

Difahamkan ramai menteri-menteri kabinet Kerajaan Perikatan Nasional dikehendaki menjalankan ujian saringan Covid-19 dan perlu melakukan pengasingan kerana Mustapa ada menghadiri mesyuarat kabinet sebelum disahkan positif.

Pada bulan Oktober tahun lalu Datuk Zulkifli Mohamad Al-bakri disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Ini bermakna Rina Harun merupakan menteri kabinet ketiga Kerajaan Persekutuan yang disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan