Sejarah asal-usul roti sejak lebih 30,000 tahun lalu

ROTI dalam pelbagai bentuk hari ini merupakan makanan paling banyak dimakan oleh penduduk dunia. Berdasarkan kajian saintifik dijalankan, manusia dipercayai sudah mula makan roti sejak sekurang-kurangnya lebih 30,000 tahun lalu.

Roti merupakan salah satu sumber penting karbohidrat, selain turut menyediakan nutrien-nutrien penting kepada tubuh manusia. Bentuknya yang padat dan mudah dibawa, menjelaskan mengapa ia jadi pilihan diet manusia sejak ribuan tahun dahulu di seluruh dunia.

Artikel ini akan cuba merungkai sejarah secara ringkas bagaimana roti mula dijadikan makanan manusia berdasarkan pelbagai sumber sejarah yang boleh didapati di internet.

Ketika zaman prasejarah, manusia hanya makan sejenis bubur yang dibuat dari campuran bijirin dan air. Dari situlah kemungkinan kali pertama roti dibuat iaitu berdasarkan eksperimen dan kaedah cuba-cuba. 

Namun dari mula roti dibakar menggunakan batu-batu panas, sehinggalah bagaimana ia dihasilkan hari ini dengan pelbagai peralatan memasak canggih, evolusi roti telah melalui tiga fasa penting.

Asal-usul roti

1. Penapaian (Fermentasi)

Proses penapaian menjadikan roti menjadi kembang dan gebu. Penghasilan roti zaman purba tanpa melalui proses penapaian, masih juga diamalkan di beberapa bahagian di dunia hari ini, menyebabkan bentuknya rata, seperti roti pita, dan roti naan atau tortilla di Amerika Tengah.

Kemungkinan besar, penapaian roti menggunakan yis kali pertama adalah hasil insiden tidak disengajakan. Dari sinilah bagaimana manusia mula menyedari bahawa proses penapaian mengubah tekstur adunan roti, sekaligus menyebabkan ia menjadi lebih ringan dan berangin. 

Produksi yis secara komersial begitu meluas dikesan sekitar tahun 300BC sebelum masehi, sebagai ejen pewarna zaman Mesir Purba.

2. Penapisan tepung

Ketika zaman prasejarah, bijirin gandun ditumbuk menggunakan batu. Tepung gandung prasejarah ini menghasilkan roti mentah dari keseluruhan bijirin gandum. 

Proses yang lebih maju untuk menghasilkan tepung dipercayai dilakukan oleh orang-orang Mesopotamia sekitar tahun 800BC, di mana mereka telah mempelajari kaedah baru mengisar gandum.

Dari situlah munculnya kilang-kilang pengisar, menjadi asas kepada pengisaran gandum yang masih dilakukan sehingga ke hari ini. Tepung yang terhasil lebih putih dan halus, menjadi simbol status yang lebih berkualiti. Malah proses mendapatkan gandum paling putih dan paling halus masih berterusan sampai ke era moden.

3. Mesin pemotong roti mekanikal

Sejak ratusan tahun dahulu, roti samada baguette atau ciabatta dijual dalam bentuk ketulan besar, sebelum dipotong-potong menjadi lebih kecil oleh pembeli di rumah masing-masing. 

Namun dalam tahun 1917, seorang tukang barang kemas bernama Otto Rohwedder telah mencipta sebuah mesin pemotong roti buat kali pertama di dunia.

mesin pemotong roti Rohwedder
FOTO | Mesin pemotong roti ciptaan Otto Frederick Rohwedder

Namun pada peringkat awal kebanyakan syarikat penjual roti, merasakan kebanyakan suri rumah tidak suka membeli roti yang sudah siap dipotong.

Mesin ciptaan Rohwedder hanya mula digunakan di sebuah kilang pembuat roti pada tahun 1928. Idea menjual roti siap dipotong rupanya terbukti mencapai kejayaan besar. 

Hanya dalam masa dua tahun, kira-kira 90 peratus roti yang dijual di kedai kedai sudah siap dipotong susulan sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan.

Evolusi di dalam penghasilan roti, membawa kepada imej roti yang ideal dalam dunia moden, iaitu berwarna putih, dengan keraknya yang rangup dan gebu di bahagian dalam, dipotong kepada kepingan-kepingan yang sama tebal.

Namun beberapa kajian dijalankan oleh para penyelidik kebelakangan ini mendapati, roti zaman model tidak sihat untuk dimakan, disebabkan oleh proses penapisan bijiran yang keterlaluan. Justeru amalan memakan roti bijiran kembali meningkat di kalangan masyarakat barat.

Apa yang dapat kita perhatikan dari sejarah ini ialah, pada permulaan abad ke-20, orang-orang kaya dan golongan bangsawan memilih untuk makan roti berwarna putih, manakala golongan miskin dan bawahan hanya makan roti hitam yang dianggap rendah tarafnya.

Tapi dunia hari ini terbalik, orang miskin pula makan roti putih manakala golongan kelas pertengahan dan atasan lebih menyukai roti bijiran yang dibuat dari keseluruhan bijirin gandum.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan