Sunday

Komen Anwar Ibrahim berkenaan Bajet 2011


Semasa di lobi parlimen, ketua pembangkang (oposisi) sempat memberikan sepatah dua kata berkenaan bajet 2011 yang baru sahaja dibentangkan oleh Najib Tun Razak.

Menurut Anwar Ibrahim bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanyalah menjurus kepada Pilihan Raya Umum dalam tempoh masa yang terdekat dan bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang mengejutkan di dalam pembentangan Belanjawan 2011, Najib dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

"Selalunya belanjawan itu adalah bagaimana untuk menangani masalah ekonomi, menjana pertumbuhan serta menarik pelaburan.

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut oleh Najib".

Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat hanya kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.

"Najib tidak memberikan penyelesaian yang jelas, melemparkan beberapa projek-projek yang besar dan sedikit kemudahan kepada rakyat yang dianggap cukup.

"Tetapi, isu pokok mengenai isu ekonomi negara tidak ditangani," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika dikerumuni media di lobi Parlimen selepas ucapan belanjawan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan bajet tersebut, Anwar berkata beliau akan menjawab soalan itu di Dewan Rakyat Isnin depan.

Seterusnya:



ReJaM©: "Ruang kosong di KLCC masih banyak yang belum terisi, kini Najib nak buat lagi 100 tingkat lagi kandang untuk diisi dengan jin"

6 comments

Hairan mengapa belanja mengurus begitu besar. Siapa pengurus negara ini ye? Klau tidak silap PM kan. Maka siapa yang berkuasa terhadap wang belanja mengurus, sudah tentu PM kan. Maka besar peruntukan mengurus maka besarkan kuasa pengurus.

Betul ke teori ni? Hamba bukan ahli ekonomi, hanya sekadar memberi pandangan.

Mengapa CEUPAC masih merayu utk bonus lebih kakitangan kerajaan? Apakah dia tidak tahu ekonomi sedang tidak kukuh? Sebenarnya apabila diminta bonus lebih, maka dikatakan ekonomi demam. Tapi kempen di tv dan media, ekonomi sentiasa berkembang tak pernah kuncup2. Ketirisan pengurusan negara pula adalah RM28B setahun sedangkan bonus sebulan gaji baru RM3B. Alangkah elok diberi kepada mereka jika ketirisan dapat dikurangkan.

Kemudian umum tahu pemimpin bn hidup mewah berbelanja rasuah sana sini dan terlalu banyak penyelewengan. Kakitangan kerajaan bekerja dan terikat dgn peraturan, tetapi campurtangan politik kadang kala merosakkan keadaan. Malah sesetengah pemimpin bawahan umngok merasakan kakitangan kerajaan ini alat dan boleh diperalatkan.

Sebab itu dlm islam jika ekonomi merudum, pemimpin terlebih dahulu mesti berkorban harta benda dan kemewahan....bukan 'rakyat didahulukan'.

Maaf diatas sedikit pembentangan ulasan budget 2011 dari hamba. Kita tunggu pembentangan pemimpin hebat kita Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. (berbulu umngok baca ni...hihihi)

Sebab itu dlm islam jika ekonomi merudum, pemimpin terlebih dahulu mesti berkorban harta benda dan kemewahan....bukan 'rakyat didahulukan'.

nice one Jaka...


Source: Komen Anwar Ibrahim berkenaan Bajet 2011 - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/komen-anwar-ibrahim-berkenaan-bajet.html#ixzz144sBj0V6

Please let me know if you're looking for a writer for your weblog. You have some really good articles and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd really like to write some content for your blog in exchange for a link back to mine.
Please blast me an e-mail if interested. Thanks!


My homepage: novoline automaten tipps

Great post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very helpful information particularly the last part :) I care for such information much. I was looking for this certain info for a long time. Thank you and good luck.

Stop by my homepage :: novoline

Very good info. Lucky me I recently found your
blog by chance (stumbleupon). I have saved as a favorite for later!


Also visit my blog post :: book of ra kostenlos spielen deutsch

I'm not sure exactly why but this site is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check back later and see if the problem still exists.


Here is my homepage ... book of raw online spielen - linkwithin.com -


EmoticonEmoticon