Monday

Polis pukul wartawan BERNAMA


Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama.

NONEMengulas insiden terhadap jurugambarBernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

"Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan," kata Hata.

Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.

Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan "ganas" itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.

"Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh," kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia.


ReJaM©


EmoticonEmoticon