Hudud tidak sesuai, kerajaan perlu realistik kata Najib

PERDANA Menteri Najib memberikan reaksi serupa dengan rakan-rakan bukan Islam, dari MCA dan Gerakan di dalam menghalang perlaksanaan undang-undang Hudud di Negeri Kelantan.

Najib dengan tegas mengatakan bahawa undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini [TMI].

Demi meraih sokongan masyarakat bukan Islam, Najib terpaksa mengutamakan Undang-undang peninggalan British berbanding Undang-undang Islam. Malah beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa Undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan.

Tahniah kepada MCA dan Gerakan kerana berjaya memperkudakan Najib! Sepatutnya pemimpin Islam menyokong Undang-undang Islam, tapi apa yang berlaku, pemimpin Islam senada dengan orang bukan Islam di dalam menentang Undang-undang Islam.

ReJaM© "Ada ke Undang-undang yang tak sesuai dilaksanakan dalam Al-Quran?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan