Friday

Rakamaan video Uncle Seekers gembira ditahan Polis


PENULIS blog uncleseekers.blogspot.com ditahan oleh pihak Polis semalam dan difahamkan beliau dikenakan tahanan reman selama empat hari berhubung serangan bersirinya ke atas kerabat Sultan Johor di blognya.

Namun begitu, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas dilihat begitu tenang malah gembira meskipun kini berada di dalam tahanan Polis.

Beliau dirakam menunjukkan isyarat "bagus" dan menyapa wartawan dengan jeritan ceria "hoi!" sambil tersenyum ketika turun daripada Black Maria Polis bersama seorang wanita yang turut ditahan bersamanya.



Daripada rakaman video kedengaran suara beliau menyebut, "Tak sempat mendedahkan dokumen dah ditahan". Barangkali beliau mahu menyampaikan mesej bahawa ada lagi dokumen berhubung skandal sultan yang belum didedahkannya.

Saksikan sendiri video di bawah.



Sebelum ini Uncle Seekers meluahkan kepuasannya di dalam blog, apabila lebih 60 siri pendedahan yang didakwa skandal Kesultanan Johor mendapat liputan meluas di media arus perdana berikutan laporan Polis yang dibuat terhadapnya rujuk sini [Uncleseekers]

ReJaM© "You really got ball lah derr... "


EmoticonEmoticon