Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap

SEMENJAK kebelakangan ini Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas Selangor sering keluar di akhbar-akhbar tempatan dengan cerita-cerita lucu.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau sudah terdesak untuk menonjolkan diri sebagai calon Menteri Besar.



Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' (kejahilan) Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar.

ReJaM© "Awal-awal dah tunjuk kejahilan macam mana nak jadi Menteri Besar Selangor?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan