Monday

Aktivis #KitaLawan dakwa Polis cuba tumbuk ADUN dan kasari wanita warga emas


PROGRAM Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebentar tadi dicemari insiden kekasaran oleh anggota Polis yang didakwa cuba menumbuk ADUN Teja, Chang Leh Kang. Polis juga didakwa cuba mengasari wanita warga emas yang tidur di dataran.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang aktivis, Mandeep Karpal yang menyertai Duduk Bantah di Dataran Merdeka melalui akaun twitter miliknya.

Duduk Bantah dianjurkan oleh sekumpulan anak muda di Dataran Merdeka dan turut disertai oleh ADUN KEADILAN. Aktiviti ala 'occupy' yang dirancang dari 21 Mac itu dijangka akan diteruskan sehingga 28 Mac 2015.

‎Duduk Bantah menggesa Ketua Polis Negara berundur (#PecatIGP) lantaran tindakan Polis sebelum ini yang menangkap ramai aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah peruntukan undang-undang yang sudah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar perlembagaan.


EmoticonEmoticon