Saturday

Gambar Rafizi Ramli dan Hishamudin Rais berkongsi gari di IPD Dang Wangi #KitaLawan


SETIAUSAHA Agung KEADILAN, saudara Rafizi Ramli berkongsi gari dengan Aktivis Politik Hishamuddin Rais dalam beberapa keping gambar yang tersebar meluas di laman sosial facebook dan twitter. 

 Difahamkan mereka berdua antara yang ditahan di IPD Dang Wangi sebelum dihantar ke Lokap Tahanan Berpusat di Jinjang.

  Rafizi dilaporkan telah ditahan di bawah Akta Hasutan petang semalam berhubung satu pekeliling yang didakwa disebarkan oleh beliau bagi mengerahkan semua ahli KEADILAN untuk menyertai Himpunan #KitaLawan di SOGO hari ini (28 Mac 2015) jam 3 petang.  

Malam tadi orang ramai digemparkan dengan kejadian di mana Hishamuddin Rais 'diculik' oleh beberapa lelaki — beliau ditarik secara kasar, mulutnya ditutup, sebelum dihumban ke dalam sebuah kereta jenis Honda Civic dan dibawa pergi dari kawasan berhampiran Dataran Merdeka. 

 Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tergamam sebentar sebelum cuba mengejar kenderaan tersebut beramai-ramai namun tindakan itu gagal kerana kereta yang 'menculik' Isham memecut laju.  

Tindakan 'ganas' pihak polis ini dilihat ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat ‎#KitaLawan yang dilaporkan mahu meraikan majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, di KLCC hari ini.


EmoticonEmoticon