Miliki dokumen audit 1MDB bawah OSA, Rafizi diarah bela diri

SETIAUSAHA Agung KEADILAN, yang juga Ahli Parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli diperintah oleh mahkamah untuk membela diri di atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan 1MDB di laman web, facebook dan juga dalam satu sidang media pada bulan Mac lepas.

Zulqarnain Hassan, Hakim Mahkamah Seksyen sebentar tadi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan bahawa Naib Presiden KEADILAN itu memiliki laporan 98 muka surat audit 1MDB yang ketika itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA.

Dalam kata lain, Rafizi diarahkan oleh mahkamah untuk membela diri kerana memiliki dan mendedahkan dokumen audit 1MDB yang sahih lagi benar.

Kasihan Rafizi, jika dia dedahkan dokumen palsu tentang audit 1MDB tentu dia tidak akan diarahkan untuk membela diri, kerana Akta Rahsia Rasmi hanya boleh menghukum orang didakwa jika dokumen berkaitan adalah sahih lagi benar.

Kata nabi,

"Katakanlah yang benar, walaupun pahit..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan