Wednesday

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia


DAPAT maklumat dari akaun twitter Ketua Pemuda Umno, mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah meninggal dunia.



Khairy Jamaluddin dalam tweet terbarunya mengucapkan takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Halaman facebook Borneo Post melaporkan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Sarawak General Hospital Heart Centre di Samarahan, Sarawak tengah hari tadi.

Allahyarham berumur 71 tahun ketika menghembuskan nafas yang terakhir.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang diredhai Allah.

Berita lanjut menyusul

7 comments

Moga tabah menghadapi seksa kubur...

Tarik balik apa saya ckp, gurau je la

kurang ajar ko ingat tok lawak ka

Kasihan pada manusia yg mati dlm keadaan menolak hudud.

bila manusia berlagak jadi tuhan cuba mengadili kematian seseorang... yg komen soal kubur dan agama kat sini dah confirm sangat ke you masuk syurga? ceh, ada hati....

Alfatihah kepada ketua menteri srwk yg meninggal dunia;(;(;(


EmoticonEmoticon