Laman web sahkan status freehold (hak milik kekal) hartanah di Forest City

SEJAK semalam, gambar papan iklan tentang status tanah freehold (hak milik kekal) di Forest City, Johor menjadi kontroversi dan menular (viral) di laman sosial.


Orang ramai menyifatkan Najib Razak menipu kerana sebelum ini beliau mengatakan tanah yang dijual kepada orang asing di Forest City hanyalah atas pajakan 99 tahun sahaja (leasehold).

Namun sebilangan penyokong Najib ada yang mendakwa papan iklan itu hanya fitnah yang direka-reka oleh penyokong pembangkang dan Tun Mahathir.

Oleh itu aku cuba buat sedikit carian, tentang Forest City. Hasil carian aku dapati laman web pemasaran Forest City mengesahkan bahawa status hartanah yang dibeli di Forest City adalah "freehold property" (hartanah milik kekal).


Maknanya, mana-mana warga asing yang membeli hartanah di Forest City, akan menjadi pemilik kekal hartanah itu dan menurut laman web tersebut, segala haknya sebagai pemilik hartanah, dilindungi undang-undang commonwealth.

Isu pembangunan di Forest City, Johor menjadi buah mulut sejak akhir-akhir ini kerana ia didakwa akan menjejaskan kedaulatan negara.

Harga rumah yang dijual di situ terlalu mahal, didakwa bermula dari harga RM1,000,000 dan ke atas, menunjukkan sasaran pembeli bukanlah rakyat tempatan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sebelum ini mendakwa lebih 700,000 warga asing dari China akan ditempatkan di Forest City, dan diberi kad pengenalan sekaligus membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya.


Orang ramai yang pernah berkunjung di Forest City turut menimbulkan beberapa isu antaranya penggunaan matawang Yuan oleh peniaga di Forest City, dan papan tanda "jangan pijak rumput" yang ditulis dalam tulisan cina.


Tun Mahathir turut mendakwa, pembangunan rumah-rumah yang sangat mahal di Forest City hanya akan mewujudkan satu komuniti masyarakat asing yang berbeza budaya, cara hidup dan pandangan politik mereka.

Ini akan menyukarkan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal mereka. Beliau turut menyamakan Forest City dengan Singapura, satu kawasan yang satu masa dimiliki oleh Malaysia, akhirnya terpaksa dilepaskan kerana kerajaan tidak mampu mengawal masyarakat yang tinggal di situ.

8 Comments

  1. Ini lah baru namanya pembangunan.
    Malaysia ku yg tercinta
    Bumi merdeka indah permai
    Itulah tanah tumpah air ku.

    ReplyDelete
  2. Bila doa sndiri dah tak berkat.. Buat la tipu apa pun.. Semua kantoi bute.. dUMbNo

    ReplyDelete
  3. jgn sesekali ada org umno yg ckp perkauman anti cina...itu bercanggah dgn dasar kerajaan.

    kita xmo dgr lagi mulut busuk umno ckp anti cina.

    lbh baik umno belajar2 xtrauma dhn babi. tu bisnes mnguntungkan xlama lg

    blh buka ladang kt johor darul tongsan

    ReplyDelete
  4. http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx?type=2
    freehold

    ReplyDelete
  5. Skrg free hold atau lease hold mcm tiada byk perbezaan. Sbb ade yg cakap kerajaan mempunyai kuasa utk ambil balik rumah walaupun free hold jugak.

    ReplyDelete
  6. Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

    Şirket uzmanlığı.
    1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
    2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.

    ReplyDelete
  7. Sebagai rakyat aku sumpah laknat najib razak dan semua menteri2 kerajaan sekarang yang ubah syarat milikan asing negara yg patutnya leasehold 99 tahun jadi freehold milik kekal.
    Memang sial semua menteri kerajaan BN sekarang yg gadai tanah negara pada asing hanya sebab nak duit tepi nak hidup mewah lebih dari gaji.
    Semoga Allah azab manusia2 ni dunia n akhirat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan