Penafian am saja tidak cukup kerana TMJ dedah dokumen sokongan

DARI sudut undang-undang, penafian am terhadap pendedahan Tunku Mahkota Johor, TMJ semalam tidak cukup kerana terdapat beberapa dokumen bukti sokongan ditampilkan berhubung aduan salahguna wang MARA dan salahguna kuasa oleh Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA.

Oleh itu, Annuar Musa perlu disiasat berhubung aduan tersebut oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM kata Peguam terkenal Haniff Khatri melalui akaun facebook miliknya.


Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi halaman facebook, Johor Southern Tigers mendedahkan beberapa dokumen bukti salahguna dana MARA dan UniKL oleh Annuar Musa melibatkan tajaan Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sebanyak RM700,000.

Berikut dokumen-dokumen yang didedahkan oleh TMJ semalam.

(a) Cek Syarikat PELABURAN MARA BERHAD, Cek No : CIMB 219967 yang diisukan kepada THE RED WARRIORS SDN BHD untuk jumlah RM 200 ribu,

(b) Baucer bayaran Syarikat PELABURAN MARA BERHAD bernombor 31493 bertarikh 14 Jun 2016 kepada THE RED WARRIORS SDN BHD untuk jumlah RM 200 ribu dengan tertera ungkapan "TAJAAN PASUKAN B/SEPAK K'TAN",

(c) Surat daripada THE RED WARRIORS SDN BHD bertarikh 11.12.2015 kepada UNIVERSITI KUALA LUMPUR memohon penajaan RM 500 ribu untuk merangkumi 1 pakej tajaan pasukan bolasepak itu, dan

(d) Baucer bayaran UNIVERSITI KUALA LUMPUR bernombor 513373/CP000993/ 16 bertarikh 05.05.2016 kepada THE RED WARRIORS SDN BHD untuk jumlah RM 500 ribu dengan tertera ungkapan "SPONSORSHIP FOR KELANTAN FOOTBALL TEAM SEASON 2016"


Menurut Haniff lagi, melalui semakan, akan menunjukkan bahawa Syarikat Pelaburan MARA adalah milik MARA, dan UniKL juga di bawah payung MARA, sementara Annuar Musa merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, MARA, dalam masa yang sama beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

"Semakan akan menunjukkan bahawapada tempoh masa 'tajaan-tajaan' ini, Syarikat PELABURAN MARA BERHAD adalah syarikat milik MARA, dan UNIVERSITI KUALA LUMPUR juga adalah di bawah payung milikan dan tadbiran MARA, serta ANNUAR MUSA pula adalah PENGERUSI MARA, pada ketika itu sehingga kini," tulisnya.

Semalam, Annuar Musa ada menjawab segala tuduhan ini, melalui akaun Facebook, namun sekadar kenyataan berbentuk penafian semata-mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan