Guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mengadu elaun dipotong

SALAH seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tempatan menghubungi admin MiLo SuaM mengadukan hal mendakwa elaun bulanan yang diterimanya telah dipotong bermula sejak 2017.

Dakwanya guru-guru pelatih sepertinya sebelum ini terikat dengan satu kontrak perjanjian di mana mereka diberikan elaun setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800 selama 5 tahun bergantung kepada kedudukan IPG tempat mereka menuntut.

Namun bermula tahun 2017 elaun bulanan semua pelajar IPG di seluruh Malaysia dakwanya telah dipotong dan elaun mereka diseragamkan kepada hanya RM430 sebulan.


Bukan itu sahaja, katanya lagi, elaun buku sebanyak RM840 setahun, elaun praktikum, dan elaun-elaun lain pula telah dimansuhkan sama sekali.

Menurut pengirim yang enggan namanya dikenali itu, mereka telah mengadukan perkara ini kepada pihak atasan IPG, namun jawapan yang diterima hanyalah menyuruh mereka bersyukur — sama seperti ayat-ayat yang selalu digunakan oleh menteri-menteri Barisan Nasional.

Dalam keadaan harga minyak dan barang-barang naik, juga cukai GST yang begitu membebankan, ditambah dengan keperluan untuk membeli pelbagai barangan mengajar semasa praktikal dan sebagainya, beliau turut meluahkan keluhan terhadap bebanan yang harus ditanggung.

Menurutnya lagi, ramai pelajar IPG sepertinya yang meluahkan perkara ini melalui laman sosial facebook, namun tiada siapa yang mengetengahkannya.

Sepatutnya bila kerajaan pimpinan Najib Nazak laksanakan cukai GST, pelbagai manfaat dan kebaikan bakal dilimpah kepada rakyat hasil kutipan cukai yang banyak. 

Sepatutnya, jika dulu pelajar IPG dapat elaun RM800 sebulan, kini mereka patut dapat RM1,600 sebulan. Elaun buku RM840 setahun sepatutnya ditingkatkan lagi, bukan dimansuhkan.

Rupa-rupanya makin teruk, elaun dan peruntukan makin kena potong, guru-guru di sekolah pun terpaksa keluar duit sendiri untuk mengajar belum ditambah lagi dengan PIBG sekolah terpaksa mengemis bantuan ibu bapa untuk membeli kertas A4.


Najib kata hasil kutipan GST sangat banyak dan luar biasa, ekonomi negara pula semakin maju dan berkembang, tapi rakyat semakin hari semakin susah, banyak elaun dan peruntukan dipotong.

8 Comments

  1. tak payahlah mereka nak bising..semua rakyat menghadapi kesusahna..dengan keadaan ekonomi yang makin teruk sejak di bwah pemerintahan najib walaupun gaji rm3k..tolak byr perbelanjaan, kereta, rumah lum masuk hutang lain mmg tak cukup....minyak jer + tol 90% gaji lari ke arah nie...

    ReplyDelete
  2. Jangan lagi undi bn@umno..

    ReplyDelete
  3. ..nanti kaplapun depa potong, depa kera apa.

    ReplyDelete
  4. Bila pembangkang kata itu dan ini yang bakal berlaku jika umno/bn menang masa pilihanraya dulu, hangpa tak percaya... hangpa kata pembangkang menipu. Sekarang sendiri rasa. Jadi pru14 nanti jangan lupa undi umno/bn lagi... lepas tu kita boleh jual darah setiap bulan untuk menampung kos sara hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak percaya kata pembangkang sebab depa dah kena umpan Najib kata jika BN/UMNO tumbang, orang Melayu hilang kuasa dan kedudukan dibawah pemerintahan DAP. Kalau orang Melayu masih percaya lagi cakap Najib dan tak kisah hidup susah, tak taulah apa nak cakap lagi.

      Keadaan negara makin teruk dan parah. Makin ramai orang hilang kerja. Banyak kedai dah gulung tikar. Mydin pulak pertama kali dlm 57 tahun mencatatkan kerugian. Kalau undi BN/UMNO lagi, silap haribulan kita pulak kena merempat kat negara lain cari kerja. Ni semua gara2 47% pengundi BN yg tak bijak berpikir pilih kerajaan.

      Delete
    2. Nak dengar lg cakap najib atau umno? Nak takut lg dgn ugutan umno? Nak dengar khutbah lebai yg sekongkol dgn najib? Tak pa. Lps ni hampa makan pasir!

      Delete
  5. Anak saya serta rakan rakannya yang menuntut di institusi tanggungjawab MARA masih belum menerima satu sen pun walau pun sudah hampir dua tahun belajar. Setiap hari ikat perut. Nak bercuti atau melancong ke Australia hanya dalam mimpi tidor shj.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan