Remaja berbasikal berlumba masuk lorong laju halang kenderaan (video)

SEKUMPULAN remaja berbasikal lewat malam bukan sahaja dirakam saling berlumba di jalanraya, malah mereka turut masuk ke lorong tengah jalan sekaligus menghalang pergerakan kenderaan di laluan laju.

Video rakaman itu tersebar di media sosial.

Melalui rakaman tersebut, dapat kita lihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik berlumba itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.


SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Kalau dilihat daripada rakaman video yang dikongsikan, kumpulan remaja ini mula menunggang basikal ke tengah jalanraya (ke lorong laju) sebaik sahaja tiba di selekoh, sekali gus memaksa pemandu kereta memperlahankan kenderaannya. 


Turut kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan berbahaya yang turut menghalang laluan kenderaan.

Bagi penduduk tempatan, tentu sudah faham benar, ada kawasan-kawasan tertentu mereka perlu lebih berhati-hati ketika memandu melalui jalan ini, kerana ada sekumpulan 'remaja rempit' sedang menikmati lajak kayuhan basikal sambil beraksi bersama rakan-rakan.

Namun bagi orang luar yang baru melalui kawasan ini, sering kali 'berderau darah' kerana hampir-hampir merempuh kumpulan remaja yang mungkin akan menunggang basikal ke tengah jalan secara tiba-tiba, bila-bila masa saja ikut suka hati mereka.

Daripada rakaman ini mungkin dapat memberi bayangan kepada kita bagaimana kejadian awal pagi semalam, di mana sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berlumba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.


Tulisan ini bukanlah untuk mengkritik ataupun menyalahkan mana-mana pihak terhadap perkara yang sudah berlaku. Tetapi untuk dijadikan iktibar kepada ibu bapa yang selalu membiarkan anak-anak mereka beraksi di jalan raya seperti ini.

Bak kata Sultan Johor yang melawat keluarga mangsa kejadian itu semalam, 

"Biar anak-anak menangis hari ini, jangan ibubapa menangis kemudian hari,"

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton.


8 Comments

  1. Innalillah...sama2 la kita berdoa untuk semua budak2 tuh...jgn la nak ckp diaorg salah ke apa ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. ambil kejadian ni sebagai iktibar.. baik untuk pemandu mahupun ibu bapa.

      Kalau saling tuduh menuduh, sampai bila2 pun tak selesai.. Nak cari salah orang tu senang, tulah ramai yang buat..

      Delete
  2. Alhamdulillah info yang berguna tu. mudah2an kita mendapat pengajaran

    ReplyDelete
  3. Info berguna untuk menyedarkan ibubapa di luar sana dalam memantau gerak geri anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...Semoga keluarga mangsa bersabar menerima ujian ini & semoga menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak berlaku lagi..kepada ibubapa semoga lebih ambil berat aktiviti anak2...

    ReplyDelete
  5. selalaunya bila nampak ada ramai kumpulan didepan kita kenderaan diperlahankan sikit bukan lagi terus laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh macam tu ke hanat? Kejadian dah berlaku, dan terang2 salah budak2 tu.. buat apa kat lebuh raya jam 1-4 pagi dan masuk lorong laju?

      Oh yah.. budak2 tu tak salah kan? okay..

      Delete
  6. Bila bermain dilebuhraya, bersiap la utk dirempuh oleh pemandu kereta. Bayangkan jk yg langgar tu bas atau lori kontena.
    Tu lak sikap org melayu, dah sendiri salah pun masih tak nak mengaku. Tetap nak salahkan org lain.
    Jalan raya atau lebuhraya BUKAN tempat bermain. Cuba faham tu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan