Thursday

Skandal BMF Mukhriz Mahathir jawab tuduhan terhadap ayahnya


MEDIA pengampu Barisan Nasional seperti TV3 dan Utusan Malaysia, hangat mengulang-ulang isu berkaitan Skandal BMF (Bank Bumiputera Finance) yang berlaku lebih 30 tahun lalu, untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang kini menjadi pengkritik nombor 1 skandal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.



Berbekalkan laporan siasatan CIA yang didedahkan baru-baru ini, media arus perdana kawalan BN (sebut Barang Naik) pagi petang siang dan malam tak henti-henti mengaitkan Tun Mahathir dengan skandal BMF.

Baru-baru ini, anak Tun Mahathir, Dato Seri Mukhriz tampil menjawab isu skandal tersebut ketika ditanya dalam sesi soal jawab bersama penduduk Kampung Pinang, Pedu di Kuala Nerang Kedah.

Menurut Mukhriz, skandal BMF meletup pada bulan 4 atau bulan 5 tahun 1981 dan pada waktu itu ayahnya, Dr Mahathir belum lagi menjadi Perdana Menteri, (PM) Malaysia, kerana ayahnya mula mengangkat sumpah jawatan PM pada bulan 7 tahun 1981.

"Seperti mana yang kita tahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun 81 jadi kes ini (skandal BMF) meletup pada bulan 4 ke bulan 5 tahun 81, Tun Mahathir angkat sumpah jadi Perdana Menteri bulan 7 tahun 81 jadi dia tak dan (tak sempat) bukan zaman dia," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, Menteri Kewangan Malaysia pada masa meletupnya kes BMF adalah Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin hanya mula menjawat jawatan itu dalam tahun 1984.

"Lepas tu menteri kewangan sebab ini melibatkan bank bumiputera menteri kewangan pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim hanya ambil alih tahun 84," katanya.

Namun tambah Mukhriz lagi, Tun Mahathir sebagai ketua negara pada masa itu tetap mengambil tanggung jawab terhadap skandal tersebut.

"Tak apalah walaupun benda itu (skandal BMF) berlaku sebelum zaman tun tapi bila dia jadi Perdana Menteri dia pun bertanggungjawab sebagai ketua negara..." Katanya lagi.

Merujuk kepada laporan hasil siasatan CIA yang didedahkan kepada masyarakat umum, Mukhriz menyebut bahawa di muka surat 4 dokumen tersebut secara jelas menyatakan bahawa perdana menteri tidak terlibat dalam skandal tersebut.

"Tapi kalau baca betul-betul laporan CIA tu, terang-terang disebut dalam muka surat 4, dalam banyak-banyak muka surat panjang lebar lah cerita tu, tapi dalam muka surat 4 tu, dah disebut bahawa mereka siasat dan mendapati perdana menteri tak terlibat, tidak terlibat dalam kes BMF ini," katanya.


EmoticonEmoticon