Fattah Amin umumkan belum bernikah dengan Fazura

PELAKON Fattah Amin mengumumkan dalam satu sidang media sebentar tadi bahawa beliau dan Fazura belum lagi menikah.

Pengumuman itu sekaligus menghentikan khabar angin yang tersebar mendakwa kononnya mereka berdua telah menikah di Mekah ketika menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini.



Bagaimanapun Fattah mengesahkan bahawa beliau dan Fazura telah bertunang pada 13 November 2017 baru-baru ini.

"13 November 2017 keluarga saya telah menghantar rombongan untuk merisik dan seterusnya bertunang ke rumah keluarga Fazura dan alhamdulillah majlis itu telah selamat dijalankan," kata Fattah.

Alasan tidak mahu berkongsi tarikh tersebut katanya kerana keluarga mereka telah bersepakat untuk umumkan tarikh tersebut selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

Mengenai majlis perkahwinan pula, katanya pihak keluarga kini sedang membuat perancangan dan persiapan untuk majlis berkenaan.

"Kami sudah merancang untuk melakukan kenduri kahwin seperti orang-orang lain juga," katanya.

Bagaimanapun, majlis pernikahan mereka berdua atas permintaan keluarga akan dilaksanakan secara tertutup. Namun pihak media dan orang ramai akan dijemput ketika majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu.

Tambahnya lagi sekiranya segala persiapan perkahwinan sempat dilakukan, mereka dijangka akan bernikah dalam bulan 12 tahun ini.

Namun majlis resepsi dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan. — 23 November 2017

2 Comments

  1. Woohoo, tak nak dating stalkers cafe dah, boycott fattzura!

    ReplyDelete
  2. HAPPY NEW YEAR 2018 AYO DAFTAR AKUN ANDA HANYA DI WWW S128AGEN COM
    MARI KITA RAYAKAN BERSAMA - SAMA
    Claim Segera Bonus Natal Dan Tahun Baru Hanya Di AgenS128 org :D
    Nikmati Semua Bonus Yang Kami Berikan, Hubungi Kami Sekarang Juga :)
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    www s128agen net / www s128agen com
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559
    gyang dikit dong

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan